My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Cuaca Makin Pulih, Banjir Di Sarawak Kian Surut



    Tujuh pusat pemindahan mangsa banjir masih beroperasi di Serian, pagi ini, namun bilangan mangsa menurun sedikit. 

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata sehingga 8 pagi ini, 1,523 orang daripada 477 keluarga masih berada di tujuh pusat berkenaan berbanding 1,538 orang darpada 483 keluarga, malam tadi.

    Dengan keadaan cuaca yang cerah sepanjang hari ini, beliau menjangka beberapa pusat pemindahan akan ditutup hari ini dan lebih ramai dapat pulang ke rumah masing-masing.

    Banjir yang melanda Sarawak sejak Sabtu lalu menjejaskan 7,965 orang daripada 2,051 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perpindahan yang dibuka di Kuching (25), Serian (13), Bau (14), Samarahan (lima) dan masing-masing sebuah di Padawan dan Simunjan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cuaca Makin Pulih, Banjir Di Sarawak Kian Surut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top