Andai benar beliau digantung pada hari ini, tidak ada apa yang mengejutkan. Tindak tanduk beliau sejak digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah cukup untuk dijadikan bukti betapa beliau kini tidak ubah seperti gunting dalam lipatan didalam UMNO.
Menariknya, dikhabarkan petang ini juga bakal menyaksikan samada berjaya ataupun tidak satu perhimpunan yang dikatakan bakal diadakan di PWTC, kononnya solidariti untuk Muhyiddin Yasin andai benar beliau digantung.
Hal ini sebenarnya sudahpun menjadi viral sejak beberapa hari lalu dan andai ini berlaku, maka kita boleh saksikan beberapa muka mereka yang kononnya sayangkan UMNO tetapi sebenarnya memilih untuk menjadi pengkhianat dalam UMNO.
Mereka-mereka yang dijangka bakal hadir hari ini dikatakan antara mereka yang begitu lantang menghentam Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kononnya mereka adalah pejuang maya bagi Tun Dr Mahathir Mohamed.
Namun, jika dilihat daripada rekod lalu, kehadiran mereka ke PWTC sebenarnya tidak sampai 30 orang, hanya 0.001 peratus daripada jumlah ahli UMNO yang dianggarkan kini seramai 3.6 juta di seluruh negara kecuali Sarawak.
Adakah dengan menjadi monyet dan anjing diluar PWTC sudah menunjukkan anda cintakan negara dan sayangkan UMNO? Sama sekali tidak kerana tindak tanduk mereka ini tidak ubah seperti musang berbulu ayam, konon sayangkan UMNO tetapi bertunjangkan perjuangan pembangkang dinegara ini.
0 comments:
Post a Comment