My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Kes Guru Tampar Murid Selesai Ikut Adat Kampung

    SELESAI: Siban (tengah) bersama Pangalin (kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang ditarik balik selepas penyelesaian dibuat secara adat kampung. Turut kelihatan Mohd Shah (kanan).

    Isu viral guru sekolah rendah di Kota Belud yang dikatakan menampar muridnya berjaya diselesaikan mengikut adat kampung. Bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook berkongsi mengenai isu berkenaan sehingga hari ini. 

    Abang kepada guru terbabit Siban Antau berkata, walaupun pihaknya sudah menyelesaikan perkara berkenaan bersama semua wakil ibu bapa pelajar, masih ada lagi pihak yang menghebahkannya tanpa mengetahui keadaan yang sebenar.

    Kesal dengan tindakan segelintir pihak terbabit, beliau menggesa mana-mana pihak agar segera menghentikan sebarang perkongsian mengenai isu itu sama ada menerusi Facebook atau aplikasi yang lain.

    “Kami sudah membuat penyelesaian atas budi bicara masing-masing dan pihak yang membuat laporan polis juga secara rela hati menarik balik laporan berkenaan.

    “Ini kerana mereka juga berpuas hati dengan keputusan yang dibuat menerusi adat kampung.

    “Laporan polis itu juga bertujuan agar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerusi pengarahnya dapat mengambil tindakan sewajarnya atas kejadian itu,” katanya di sini, Isnin lepas.

    Siban berkata, setakat ini masyarakat Kampung Sarang dan juga warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Kota Belud berpuas hati dengan tindakan yang dibuat oleh JPN. Akibat dari isu yang diviralkan itu jelasnya, guru berkenaan menerima banyak tohmahan yang tidak mencerminkan situasi sebenar.

    Menurutnya, pihak yang melemparkan tohmahan itu hanya menilai dari luaran tanpa mengetahui apa situasi sebenar yang berlaku. “Orang yang bertanggungjawab memviralkan mengenai isu ini iaitu Sherlyn Madawal yang juga kakak kepada salah seorang pelajar yang terlibat turut memohon maaf atas tindakannya itu.

    “Beliau (Sherlyn) turut memaklumkan kesal kerana berkongsi mengenai isu terbabit di Facebook hingga menyebabkannya viral.

    “Kami tidak nafikan isu yang diviralkan itu ada berlaku, tetapi apa yang dikongsikan itu tidak menggambarkan situasi sebenar hingga ramai pihak yang salah faham,” jelasnya.

    Sementara itu, wakil ibu bapa pelajar Pangalin Daul berkata, pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengambil tindakan. Beliau turut menganggap isu berkenaan sudah selesai dan memohon kepada mana-mana pengguna Facebook yang masih berkongsikan tentang isu itu supaya segera menghentikannya.

    “Pelajar-pelajar yang terlibat juga menjalani rutin persekolahan seperti biasa dan tidak timbul sebarang masalah sebagaimana yang diviralkan,” katanya. Wakil ketua kampung yang menjadi saksi penyelesaian secara adat kampung Mohd Shah Maulah turut mengesahkan isu berkenaan sudah diselesaikan secara baik melibatkan semua pihak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Guru Tampar Murid Selesai Ikut Adat Kampung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top