My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    'Bangkai Lembu Bukan Kes Curi'


    Polis menafikan bahawa gambar dua lembu yang dilapah di bahagian belakang untuk mendapatkan ‘daging manis’ sebelum bangkai ditinggalkan seperti diviralkan di laman sosial berlaku di daerah ini. 

    Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu dan beberapa suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

    “Namun siasatan awal mendapati penyebaran gambar di laman sosial itu bukan berlaku di daerah ini. “Gambar berkenaan tiada kena mengena dengan kejadian mencuri haiwan ternakan seperti diviralkan dalam laman sosial,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Abdul Fuad berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut terhadap beberapa suspek yang ditahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Bangkai Lembu Bukan Kes Curi' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top