My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Semua Pusat Pemindahan Banjir Dijangka Ditutup Hari Ini




    Semua pusat pemindahan banjir di tiga bahagian negeri ini dijangka ditutup hari ini jika keadaan cuaca semakin baik dan pulih. Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Mohtar Samat berkata, malahan keadaan semalam turut kelihatan semakin pulih dengan hanya daerah Serian masih ada pusat pemindahan. 

    “Setakat jam 10 pagi tadi (semalam) hanya tinggal di daerah Serian sahaja sementara Kuching, Bau dan Samarahan kesemuanya telah ditutup.

    “Dijangkakan juga SMK Tebekang, Pangkalan Sorak Melayu dan Tebekang juga ditutup dan yang tinggal mungkin SK Tanah Putih,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan pascabanjir di Kampung Rantau Panjang di sini, semalam.

    Sementara itu menurut statistik sekretariat Pengurusan Bencana Negeri setakat jam 4 petang semalam, tinggal hanya empat pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu di Serian yang menempatkan 360 keluarga dengan 1,086 mangsa.

    Mengenai situasi banjir kali ini, Mohtar mengakui pihaknya masih memerlukan banyak logistik terutama bot kerana yang sedia ada tidak mencukupi. Jelas beliau pada asalnya JPAM mempunyai tiga bot sahaja namun sejak dilantik sebagai sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, semua bot Majlis Keselamatan Negara (MKN) diserahkan kepada JPAM.

    “Dengan itu kami sehingga kini mempunyai 60 bot di seluruh Sarawak dan jumlah itu tidak mencukupi. “Bagaimanapun kekurangan logistik tidak menjadi halangan kepada kami membantu masyarakat kampung dan sedia membantu semasa pemindahan,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Semua Pusat Pemindahan Banjir Dijangka Ditutup Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top