My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    Banjir Di Serian Belum Pulih Sepenuhnya

    TETAP BERTUGAS: Seorang anggota polis trafik berendam kaki di dalam banjir di laluan KM61-KM63 di Jalan Serian-Sri Aman semalam.

    Jurucakap Jawatankuasa Bencana Bahagian Serian semalam menyuarakan rasa kurang senang dengan dakwaan sebuah media elektronik yang memberitahu bahawa banjir telah pulih sepenuhnya di bahagian itu. 

    “Saya berasa terkejut apabila mendengar siaran tele-visyen pagi tadi (semalam) yang menyatakan keadaan di Serian sudah pulih sedangkan masih banyak kampung yang digenangi air dan 14 daripada 19 pusat pemindahan masih dibuka.

    “Segala bantuan makanan dan lain-lain mencukupi setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Bilik Operasi Bencana Bahagian Serian semalam. Beliau juga terbaca rungutan seorang pengguna laman sosial yang menyatakan pihak berkuasa tidak menjaga laluan di KM61-KM63 Jalan Serian-Sri Aman apabila jalan terputus dengan kedalaman satu setengah kaki kelmarin.

    Walhal, tambahnya pihak berkuasa sanggup berendam kaki selama berjam-jam untuk menjaga laluan lalu lintas di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, terdapat kejadian tanah susur di sebuah bukit berdekatan dengan kediaman Sibang Bagal dari Kampung Semukoi Empegang pada jam 8 pagi semalam.

    “Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian akan meng-ambil tindakan segera,” tegasnya.

    Sebanyak 14 buah pusat pemindahan yang masih dibuka sehingga jam 4 petang semalam adalah di Dewan Serba Guna Kampung Sinjok dengan 192 orang mangsa banjir, Balai Raya Kampung Lintang Baru (294), Balai Raya Kampung Betong Kanowit (22), Dewan Masyarakat Serian (516), Balai Raya Slabi Entukah (61), SMK Tebakang (103), Gereja Slabi Plaman (71), Gereja Kampung Tebakang Bidayuh (248), SK Tanah Puteh (357), Balai Raya Ranchan (93), Gereja SIB Kampung Sion Tapah (26), SK Pangkalan Sorah (94 dan Dewan Masyarakat Gedong (231).

    Menurutnya, pusat pemindahan di SK Tanah Merah telah ditutup pada jam 4.30 petang semalam, pusat pemindahan Balai Bomba Siburan juga telah ditutup pada jam 11.45 kelmarin.

    Sementara itu dua lagi pusat pemindahan di SK St Peter Simpok dan Rumah Panjang Kampung Soh juga telah ditutup masing-masing pada jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari kelmarin. Bekalan elektrik di kawasan yang terjejas teruk juga terputus namun kembali pulih di satu dua tempat sejak pagi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir Di Serian Belum Pulih Sepenuhnya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top