My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    PSV Terlalu Kebal, The Citizen Selangkah Ke Suku Akhir


    Sekalipun beraksi dengan 10 pemain PSV Eindhoven berjaya mengikat Atletico Madrid 0-0 pada pusingan kedua, perlawanan pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam. Atletico berpeluang memusnahkan cabaran lawan sebelum rehat babak pertama apabila Luciano Vietto dan Antoine Griezmann terlepas peluang ketika berdepan satu sama satu dengan penjaga gol Jeroen Zoet. 

    Tuan rumah terpaksa mempertahankan kedudukan itu bagi 20 minit terakhir apabila Gaston Pereiro dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua. Bagaimanapun, Atletico gagal menggunakan kelebihan itu bermakna peluang kedua-dua pasukan 50-50 apabila bertemu semula pada 15 Mac ini di Vicente Calderon bagi memburu tiket ke suku akhir.

    “Dari awal perlawanan kami menekan mereka, bermain di bahagian mereka dan mencipta peluang,” kata bos Atletico Diego Simeone.

    “Pada babak kedua kami menguasai permainan dan (Jan) Oblak tidak perlu bertindak menyelamatkan golnya, jadi saya amat gembira dengan pasukan ini.”

    Di sebalik kesukaran pasukannya menjaringkan gol akhir-akhir ini, Simeone yakin rekod baik di laman sendiri dalam pertandingan Eropah akan menyaksikan Atletico mara ke suku akhir buat tahun ketiga berturut-turut. “Saya tidak suka menipu dan saya bercakap secara jujur. Bermain di laman sendiri, saya tentu boleh bertenang.”

    Sementara itu, Juara England, Manchester City selangkah lagi ke peringkat Suku Akhir apabila mudah menjinakkan cabaran Dynamo Kiev dari Ukraine dengan keputusan 3 - 1. Berasi di tempat lawan, City cukup memukau di Kiev apabila mendominasi perlawanan dengan jarinag Sergio Aguero dan David Silva.

    Mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama, Kiev cuba bangkit menentang dan hasilnya, percubaan Vitaly Buyalskiy berjaya menembus kubu kebal City yang dikawal kemas oleh penjaga gol England, Joe Hart. Namun, jaringan Yaya Toure pada minit 90 memusnahkan harapan Kiev untuk mengikat keputusan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PSV Terlalu Kebal, The Citizen Selangkah Ke Suku Akhir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top