My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Pintu Rahsia Penjual CD Haram


    Sindiket percetakan cakera video digital (DVD) dikesan menyediakan pintu rahsia bermagnet untuk meletakkan semua DVD sebelum diedar. 

    Pintu rahsia itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa bagaimanapun berjaya dikesan dalam satu siri serbuan dijalankan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sri Petaling, disini, pada jam 4 petang, semalam.

    Penolong Pegawai Penguatkuasa BKF Zulkarnain Hassan berkata, premis itu dikesan menjual DVD tiada perakuan B. Menurutnya, KDN berjaya merampas 562 keping DVD tiada perakuan B membabitkan nilai rampasan sebanyak RM5,620.

    “Premis itu sebelum ini pernah diserbu beberapa kali, namun masih berdegil dan tetap menjalankan perniagaan haram.

    “Kebiasaannya stor menyimpan DVD itu tidak akan dijaga sepenuh masa bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

    “Sebaliknya pemilik hanya akan datang apabila ada pelanggan yang membuat tempahan,” katanya.

    Zulkarnain berkata, selepas pelanggan bersetuju untuk membeli, sindiket akan mengambil DVD itu yang disimpan di sebuah bilik yang mempunyai pintu rahsia sebelum menyerahkannya kepada pembeli.

    “Kami menahan penjaga premis berusia 30 tahun untuk siasatan lanjut. “Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) kerana tiada sijil perakuan B,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pintu Rahsia Penjual CD Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top