My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    Banjir Di Tiga Bahagian Beransur Pulih



    Banjir di tiga bahagian negeri ini beransur pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan setakat petang semalam. Pada jam 5 petang semalam, seramai 4,867 orang daripada 1,305 keluarga masih berada di pusat-pusat pemindahan di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

    Statistik yang dikeluarkan Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyatakan jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding pada jam 8 pagi semalam iaitu 7,177 orang daripada 1,822 keluarga.

     Kenyataan itu turut menyatakan bahawa pada jam 5 petang semalam, 27 pusat pemindahan di tiga bahagian tersebut masih aktif. Setakat masa yang sama, di bahagian Kuching merangkumi daerah Kuching dan Bau terdapat 15 pusat pemindahan masih aktif.

    Di daerah Kota Samarahan sejumlah dua pusat pemindahan masih dibuka manakala di daerah Serian mencatat sembilan pusat. Semalam, hujan cuma turun lebat pada malamnya dan beransur pulih menjelang tengah hari.

    Banjir yang bermula pada hujung minggu lepas membabitkan hampir 8,000 orang mangsa. Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata kekurangan bekalan makanan dihantar ke pusat-pusat pemindahan berlaku mungkin disebabkan jumlah mangsa bertambah.

    Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menambah bilangan makanan apabila mengetahui jumlah sebenar mangsa di sesebuah pusat. Sambil berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kerana membantu mengagih-kan bantuan makanan, beliau memberi jaminan bekalan mencukupi.

     “Makanan tetap ada namun kita memerlukan jumlah sebenar mereka yang terjejas,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir Di Tiga Bahagian Beransur Pulih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top