My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Pesawat TUDM Terhempas : Pencari Siput Maut Dalam Lumpur



    Seorang pencari siput mati selepas terperangkap dalam lumpur di pesisir pantai di Kampung Assam Jawa di sini selepas lelaki itu dipercayai mahu menyelamatkan kru pesawat CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas. 

    Abu Hassan Abdul Latif, 57, disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang. Lelaki yang merupakan penduduk di situ ditemui sudah tidak sedarkan diri dalam lumpur ketika air di kawasan paya di pesisir pantai itu surut.

    Jarak lokasi lelaki itu ditemui dengan tempat pesawat mendarat cemas ialah kira-kira 100 meter. Adik Abu Hassan, Jamaliah, 24, berkata, dia yang menerima panggilan telefon kira-kira pukul 11 pagi telah pergi ke Hospital Tanjung Karang untuk melakukan pengecaman abangnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat TUDM Terhempas : Pencari Siput Maut Dalam Lumpur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top