My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Pesawat TUDM Terhempas, 8 Askar Selamat



    Lapan kru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat walaupun pesawat CN-235 yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan cemas sebelum terbakar dalam lumpur di pesisir pantai di Kampung Assam Jawa di sini semalam. 

    Semasa kejadian pukul 8.37 pagi, pesawat itu yang sedang melakukan raptai lintas hormat baru tujuh minit berlepas dari Pangkalan Udara Subang dengan membawa dua juruterbang, dua pembantu juruterbang dan empat kru pesawat.

    Dua juruterbang berkenaan ialah Mejar Muhamed Agizan Jaafar dan Mejar Ahmad Syazwan Mohamed manakala dua pembantu juruterbang ialah Meor Ahmad Wahab dan Kapten Mohd. Nurul Azmie Rofdi. Empat kru pula ialah Mejar Mohd. Azri Yacob, Pegawai Waran II Muhd. Shyfull Neezam Abdul Manan, Sarjan Udara David Tonge dan Sarjan Suhaila Pathil.

    Kapten Mohd. Nurul Azmie mengalami patah tangan kiri. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, tujuh kru pesawat termasuk seorang anggota wanita tidak cedera dan hanya seorang daripada mereka mengalami kecederaan patah tangan kiri.

    “Kami difahamkan pesawat tersebut mendarat cemas di pesisir pantai berdekatan kawasan hutan bakau selepas ia mengalami kerosakan pada enjin.

    “Semua mangsa dapat keluar dari pesawat dengan dibantu para nelayan sebelum berlaku kebakaran kecil pada pesawat yang kemudian padam sendiri,” kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di sini semalam.

    Menurut beliau, kesemua mangsa yang selamat itu dibawa oleh nelayan tempatan ke Jeti Nelayan Pasir Penambang sebelum mereka dihantar ke Hospital Tanjung Karang. Kata Ruslan, semasa kejadian pesawat terbabit dalam penerbangan melakukan raptai lintas hormat bermula dari Pangkalan Subang pada pukul 8.30 pagi sebelum ia dikesan mengalami masalah pada enjinnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat TUDM Terhempas, 8 Askar Selamat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top