My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Guna Jengkaut Rompak Mesin ATM




    Mencuri mesin pengeluaran wang automatik (ATM) semakin menjadi-jadi di negara ini. Malah taktik yang digunakan oleh penjahat itu juga pelbagai antaranya menggunakan jengkaut untuk menceroboh premis dan melarikan mesin ATM. 

    Terbaru sekumpulan perompak menggunakan jengkaut merempuh cermin kaca sudut yang me-nempatkan mesin ATM Bank CIMB di pekan Bestari Jaya di sini semalam. Dalam kejadian yang disedari pada pukul 5 pagi itu, kumpulan perompak itu berjaya melarikan dua buah mesin ATM yang berisi wang tunai berjumlah RM537,390.

    Ketika kejadian, cawangan bank tersebut mempunyai empat buah mesin ATM, dua buah mesin deposit tunai dan dua buah mesin deposit cek.

    Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, rompakan di Bank CIMB itu disedari polis selepas menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan kejadian tersebut.

    Menurut beliau, polis terus menghantar anggota ke lokasi dan mendapati pintu kaca yang meletakkan mesin ATM itu sudah pecah dengan dua buah mesin ATM hilang. “Pemeriksaan menemui sebuah jengkaut ditinggalkan di depan bank itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guna Jengkaut Rompak Mesin ATM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top