My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    Perodua Sasar Jualan 35 Peratus Tahun Ini


    Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus untuk perkhidmatan selepas jualan dengan 170,000 unit kenderaan menggunakan pusat servis berkenaan pada bulan lalu. 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, momentum itu penting untuk menggalakkan pelanggan yang masih mempunyai waranti kenderaan untuk kembali ke pusat servis Perodua.

    “Buat masa ini lebih 2.6 juta kenderaan Perodua berada di atas jalan raya dan jika berjaya menarik 35 peratus kenderaan yang sudah tamat waranti ke bengkel kami, ia adalah satu jumlah yang sangat besar.

    “Selain faktor harga serta alat ganti asli, pakej keseluruhan khidmat selepas jualan yang berpatutan mendorong mereka melakukan servis di Perodua,” katanya selepas majlis bersama media sempena Sambutan Tahun Baru Cina, semalam.

    Menyentuh mengenai sasaran jualan, sebanyak 15,500 unit kenderaan Perodua didaftarkan daripada jumlah keseluruhan pengeluaran industri (TIV) sebanyak 46,000 dengan perkongsian pasaran sebanyak 34.4 peratus pada Januari.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perodua Sasar Jualan 35 Peratus Tahun Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top