Konflik antarabangsa yang timbul di perairan Laut China Selatan antara China dengan beberapa negara ASEAN sejak akhir-akhir ini, begitu membimbangkan. Sejak sekian lama, lautan seluas 1,351 juta persegi ini sentiasa menjadi laluan penting perdagangan antarabangsa antara benua sejak manusia mula mengamalkan perdagangan, ribuan tahun yang lalu.
Sejak itu, selain Selat Melaka yang diiktiraf sebagai laluan air yang paling sibuk di dunia, Laut China Selatan juga tidak kurang memainkan peranan dalam membuka laluan perdagangan berjumlah berbilion setahun dan menjadi laluan utama perkapalan antarabangsa dari segenap pelusuk dunia untuk ke Asia Timur.
Ditambah pula dengan hasil maritim dan kaya dengan sumber bumi seperti minyak, pastinya lautan ini sentiasa menjadi rebutan antara negara-negara yang menghadap lautan ini. Ditambah pula dengan kewujudan puluhan terumbu karang yang lebih dikenali sebagai Kepulauan Spratly, pastinya ia cukup penting bagi negara-negara yang mahu memiliki setidak-tidaknya suku daripada kepulauan ini.
China selaku kuasa besar di rantau Asia pastinya melihat kepentingan menguasai laluan di seluruh Laut China Selatan. Pastinya, setiap satu pulau yang wujud di perairan ini akan dituntut oleh China memandangkan negara berkenaan mahu menunjukkan kuasanya kepada musuh ketatnya, Amerika Syarikat di rantau ini.
Pada pandangan China, andai berjaya menguasai perairan ini, ia secaara tidak langsung bakal menguasai seluruh rantau Asia Timur dan Tenggara dengan semua hasil dilautan berkenaan akan dikuasai China secara menyeluruh.
Dipihak Amerika pula, andai membiarkan China menguasai perairan ini, ianya sedikit sebayak bakal merencatkan usaha mereka meluaskan kuasa mereka di rantau Asia. Justeru, tidak hairanlah kenapa China secara terbuka mengeluarkan amaran tahap tertinggi kepada mana-mana negara untuk tidak sesekali berusaha mendekati atau menuntut Kepulauan Spratly yang dikuasai oleh mereka.
Kemarahan China juga ditambah dengan keputusan mahkamah timbang tara antarabangsa yang memberikan Filipina sokongan diplomatik diatas tuntutannya di beberapa bahagian di pulau berkenaan.
Dalam hal ini, Kemboja dan Laos pastinya akan menjadi mangsa. Kedua-dua negara ini adalah proksi kuat China di rantau ASEAN dan sehingga kini, rantau ASEAN masih belum membuat sebarang ulasan berhubung siri ancaman yang dikeluarkan oleh China ini.
Inilah yang dikatakan, dua ekor gajah bergaduh, kancil mati tersepit. Hubungan dingin China dan Amerika sejak sekian lama telah mengheret semua negara ASEAN kekancah ketegangan ini dan Laut China Selatan hanya dijadikan penyebab untuk mendesak semua 10 buah negara ASEAN menyatakan sokongan mereka kepada China atau Amerika.
0 comments:
Post a Comment