My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 20 July 2016

    Bercelarunya Pembangkang Di Malaysia....



    Kisah dongeng ciptaan pembangkang nampaknya tidak akan tamat sehingga bila-bila pun. Mereka akan sentiasa bergolak dan mempertikaikan macam-macam perkara dan hal walaupun hal berkenaan sebenarnya cukup remeh. Malah mereka juga akan menjadi seperti patung bernyawa yang akan berulang-ulang memainkan isu yang sama, walaupun isu berkenaan sudah lapuk.

    Belum pernah dapat disaksikan pakatan pembangkang di Malaysia dapat hidup aman damai dan menjalankan aktiviti secara bersama. Apa yang dapat dilihat, mereka akan sentiasa bercakaran terutamanya dalam membincangkan siapa yang patu dilantik sebagai Perdana Menteri andai mereka berjaya merampas Putrajaya daripada tangan BN.

    Hari ini, pembangkang masih kekal bertelagah antara satu sama lain. Lihat sahaja penerimaan mereka terhadap cadangan Tun M yang mahu mewujudkan sebuah parti dan pakatan baru pembangkang untuk menumpaskan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Ada satu pihak menyambut baik cadangan ini dan tidak kurang juga mencemuh cadangan Tun M ini.

    Paling ketara, bagaimana layanan sepatutnya diterima kepada calon Perdana Menter Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar sebaik sahaja pengumuman ini dibuat. Difahamkan, keluarga Anwar dan pengikutnya, enggan menerima apa jua bentuk kerjasama dengan parti yang akan ditubuhkan oleh Tun M. Malah, Anwar sendiri lebih mengharapkan Tan Sri Muhyiddin masuk kedalam PKR dan sekaligus mengetuai pembangkang di Parlimen.

    Bagi Datuk Seri Azmin pula, beliau dan para pengikutnya mengalu-alukan cadangan Tun M ini yang mereka sifatkan sebagai peluang terbaik PKR dan Pakatan Harapan untuk merampas Putrajaya. Begitu juga yang berlaku didalam PAN dimana Mat Sabu mengambil pendirian tunggu dan lihat. Kenyataan Mat Sabu ini jelas tidak selari dengan Timbalannya, Salehuddin Ayub yang gembira dang meminta semua ahli PAN akur kepada kemahuan Tun M.

    Ini belum lagi mengira pelbagai pertalagahan dalaman yang tidak pernah dapat diselesaikan secara menyeluruh. Kewujudan kem A dan B kini sedang menyelubungi kesemua ahli dan anggota bagi DAP, PKR dan PAN di negeri-negeri yang dikuasai kereka,

    Inilah pembangkang di Malaysia, mereka tidak pernah sepakat dalam menyatukan semua idealogi dan pegangan mereka walaupun sudah dua kali sebelum ini, Pakatan Pemabangkang bergabung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bercelarunya Pembangkang Di Malaysia.... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top