My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 17 July 2016

    Kami Mahu Membawa Borneo Ke Kuala Lumpur - C Y Lee



    Peluang untuk bersemuka dengan Pengurus Operasi Galaxy Ampang Mall, Lee Yaw Chiek sebentar tadi di GAM memperlihatkan dimensi dana harapan beliau terhada usaha yang sedang dilakukan di Borneo dan India Street disini. Nyata, beliau mempunyai pandangan yang cukup jauh dan mahu melihat kejayaan secara total, bersesuaian dengan apa yang beliau rancang.

    Ujar beliau, tidak ramai pengusaha Borneo berjaya di Semenanjung Malaysia. Malah, ruang untuk mereka memulakan perniagaan juga cukup sukar diperolehi. Beliau melihat, warga Borneo juga wajar untuk diberikan peluang menjayakan perniagaan mereka sendiri walaupun mereka melakukan pada skala modal yang kecil.


    Pihaknya komited untuk menyediakan tapak dan gerai kepada mereka yang berminat. Menjadi harapan beliau untuk melihat Galaxy Mall Ampang dibangunkan seiring dengan kejayaan Borneo Street. Ia juga boleh dijadikan pemangkin kepada menarik perhatian pelancong dimana andai Borneo Street ini berjaya, para pelancong tidak perlu untuk mencari dimana kebudayaan Borneo di pamerkan.

    Cukup untuk mereka hadir dan singgah di GAM untuk melihat sendiri keindahan budaya, hasil kraf dan makanan yang disediakan disini. Adalah menjadi harapan untuknya melihat kebudayaan dan keunikan Borneo dapat dihimpunkan dibawah satu bumbung di GAM.

    Dalam perkembangan yang sama, beliau turut merancang untuk memperbesarkan lagi ruang foodcourt di sini agar semua pengusaha makanan dapar dihimpunkan dan sekaligus menjadikan foodcourt pertama berasaskan Boneo dibuat. Ini sekaligus memudahkan buat penggemar makanan Borneo mencari makanan berkenaan di Lembah Klang.

    Nyata sekali harapan dan impian C Y Lee cukup tinggi untuk melihat apa yang sedang usahakan ini berjaya dan sekaligus memberikan satu lagi tarikan terkini buat penggemar hasil Borneo berhimpun dibawah satu bumbung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kami Mahu Membawa Borneo Ke Kuala Lumpur - C Y Lee Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top