My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 July 2016

    China Tetap Tidak Mahu Beralah


    Beijing tidak akan menghentikan kerja pembinaan di Laut China Selatan walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan tindakan itu mencabuli undang-undang. Kenyataan tegas itu dikeluarkan ketika China mengadakan latihan perang di Laut China Selatan. 

    “Kami tindak akan menghentikan pembinaan di Kepulauan Nansha secara separuh jalan,” kata ketua Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat China, Wu Shengli kepada rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Laksamana John Richardson, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

    Nansha merupakan nama yang diberikan China kepada Kepulauan Spratly. Beijing menukar terumbu-terumbu karang di kepulauan itu menjadi pulau buatan dan menempatkan infrastruktur bagi kegunaan tentera termasuk landasan kapal terbang. Kepulauan itu turut dituntut Vietnam, Taiwan, Malaysia, Brunei dan Filipina.

    “Nansha ialah wilayah sedia ada China dan pembinaan pulau-pulau ini adalah munasabah, adil serta selaras dengan undang-undang,” tambah Shengli. Tegasnya, Beijing tidak gentar berdepan konflik Laut China Selatan.

    “Sebarang cubaan untuk memaksa China supaya beralah menerusi pameran kekuatan ketenteraan akan mendatangkan kesan sebaliknya,” kata Shengli.

    Mahkamah Tetap Arbitrasi di The Hague, Belanda memutuskan pada minggu lalu bahawa Beijing tiada asas undang-undang untuk menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan seperti terkandung dalam peta yang dinamakan sembilan garisan putus-putus.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: China Tetap Tidak Mahu Beralah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top