Kadangkala, tekanan tempat kerja akan membuatkan seseorang itu boleh berubah watak dan karektornya yang tersendiri. Jika sebelum ini dia pendiam, akibat tekanan dan keadaan sekeliling yang membebankan, seseorang itu boleh menjadi seorang yang pemberontak dan suka melawan.
Begitulah halnya yang terjadi kepada seorang pegawai polis wanita ini. Akibat tidak tahan dengan layanan tidak adil dalam jabatannya, pegawai polis wanita yang dikenali sebagai Heidi ini akhirnya tekad untuk melepaskan jawatan. Paling mengejutkan, dia memilih untuk menjadi seorang pelacur!
Sebenarnya, Heidi merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan polis. Dia yang tinggal di Sydney, Australia ini mula memberontak selepas kerap menerima arahan yang tidak masuk akal daripada pihak atasan, Heidi akhirnya tidak sanggup lagi meneruskan tugasan sebagai seorang pegawai keselamatan.
Menurutnya, kebiasaan sebagai pegawai polis wanita, dia perlu bekerja keras bagi mencapai impiannya berbanding dengan pegawai polis lelaki yang cepat naik pangkat walaupun tidak banyak tugas yang perlu dilakukan mereka.
Heidi sendiri berjanji tidak akan kembali memakai pakai seragam polis buat selama-lamanya. Selepas berhenti menjadi polis dengan pangkat terakhir sebagai Senior Konstabel, Heidi kemudian memilih pelacur sebagai karier baharunya.
"Menjadi pelacur jauh lebih selesa berbanding menjadi pegawai polis. Dari sudut karier, menjadi polis sudah semestinya bagus dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun jiwa saya tidak tenteram ketika dalam jabatan polis. Sebab itu saya tidak rasa kesal sedikit pun selepas mengambil keputusan meninggalkan bidang kepolisan," kata Heidi.
Menurut Heidi, dia akan menjadi pelacur sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun ini sebelum mencari kerja lain. Dia juga menambah, jirannya tidak mengetahui perubahan tempat kerjanya dan dia senang begitu. Katanya lagi, tiada salah untuk menjadi pelacur, asalkan pendapatannya baik dan hidupnya lebih tenang.
Jangan pula ada yang cuba meniru kerjaya Heidi ni pula ya!!!
0 comments:
Post a Comment