Kata orang, hidup berjiran ini haruslah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Walau apa yang kita lakukan d rumah kita sendiri, keselesaan dan hak privasi jiran tetangga juga harus diambil kira sebelum kita memulakan sesuatu perkara.
Namun lain pula halnya bagi seorang wanita di Novosibirsk, Rusia. Wanita misteri berkenaan selalu dilihat "menyidaikan" dirinya dalam keadaan bogel di tingkap apartmen miliknya. Alasan yang diberikan oleh wanita berkenaan adalah, dia mahu berjemur dibawah terik matahari dan menjadi haknya untuk melakukan apa sahaja yang beliau suka dirumahnya.
Tidak tahan melihat jirannya itu yang gemar berjemur dalam keadaan bogel di tingkap apartmen miliknya, seorang penduduk akhirnya membuat petisyen kepada pihak pengurusan kediaman itu baru-baru ini.
Namun begitu, petisyen tersebut yang turut ditandatangani ramai penduduk lain dan bengang dengan "free show" itu ditolak sekali gus membenarkan wanita misteri itu terus berjemur secara bebas tanpa pakaian di tingkap rumahnya.
Menariknya, wanita berkenaan didapati baring dengan kedua-dua kaki dan punggung montoknya itu bertelanjang menghadap cahaya matahari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang, pada setiap hari. Menurut mereka kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini terdapat insiden sama tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa bagi menghalang perkara tersebut.
Malah, lebih memburukkan keadaan, pernah berlaku satu kemalangan jalan raya di sekitar apartmen berkenaan kerana ada pemandu yang begitu asyik melihat "panorama percuma" yang disajikan wanita ini. Nyata, wanita berkenaan tidak memperdulikan apa sahaja tohmahan terhadap dirinya dan masih meneruskan "hobi" peliknya sehingga hari ini.
0 comments:
Post a Comment