My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 July 2016

    MOT Wajibkan Pemasangan Speed Limiter



    Kemalangan yang membabitkan bas-bas ekspres di negara ini, pantas mendapat perhatian daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bagi beliau, keselamatan penumpang kenderaan awam darat terutamanya bas-bas ekspres harus diberi perhatian utama bagi mengelak lebih banyak kehilangan nyawa berlaku apabila membabitkan kemalangan jalan raya.

    Antara langkah yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkuta adalah mewajibkan kesemua bas ekspres di negara ini memasang alat khas dikenali sebagai speed limiter atau pengehad kelajuan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan pemandu bas mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.

    Beliau berkata, arahan berkenaan berkuat kuasa serta-merta bagi bas baharu manakala bagi bas yang sedia ada, ia perlu dipasang secara berperingkat-peringkat iaitu selepas menjalani pemeriksaan di Puspakom.

    Ujar beliau, pihak kementerian ada mendapati bas ­ekspres ini ada yang dipandu terlalu laju sehingga tidak mematuhi peraturan had laju yang telah ditetapkan di semua jalan utama di negara kita.

    Oleh yang demikian, beliau telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang speed limiter­ tanpa sebarang pengecualian dan arahan ini akan dilaksanakan serta-merta.

    Beliau yang ditemui semasa Pusat Komuniti Maju Bentong di Hentian Raya Bentong di sini semalam berkata, beliau berharap selepas pemasangan speed limiter ini, para pemandu bas ekspress dan persiaran dapat lebih menghormati undang-undang jalanraya dan tidak lagi memandu dengan begitu laju dan merbahaya.

    Langkah ini mungkin dapat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya yang membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan sekaligus dapat mengelakkan insiden yang berlaku di Terowong Menora kembali berulang pada masa hadapan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MOT Wajibkan Pemasangan Speed Limiter Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top