My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 20 July 2016

    Maaf Anak-Anakku, Ibu Sudah Tidak Mampu Bertahan Lagi...



    Faktor kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami dipercayai menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak meracun dua anak lelakinya sebelum menggantungkan dirinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi. 

    Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam semalam itu, ibu malang berkenaan, Rohani Mohamad, 37 tahun, sedang dalam proses perceraian dan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan kemurungan yang teruk selepas ditinggalkan suaminya yang berasal dari Saratok.

    Difahamkan, dia telah berpisah dengan suaminya sejak tujuh bulan lalu dan mangsa tidak mempunyai sebarang pendapatan untuk menyara diri dan dua orang anaknya. Malah, dikhabarkan, mangsa turut tidak menerima sebarang nafkah yang sepatutnya untuk membolehkan dia menyara kehidupannya dan anak-anak.

    Atas tekanan dan kesempitan hidupnya inilah, mangsa bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 4 dan 7 tahun terpaksa mengharapkan belas ihsan keluarga angkat mereka tinggal di rumah berkenaan bagi meneruskan hidup. Malah, jiran tetangga mangsa juga turut membantu serba sedikit bagi meringankan beban mangsa.

    Namun, semuanya sudah tertulis, mangsa akhirnya mengambil keputusan membunuh diri dan paling tragis, dia turut "membawa bersama" anak-anaknya.

    Dalam kejadian malam tadi, mayat Rohana ditemui tergantung dalam tandas di rumah yang didiami oleh mereka, manakala kedua-dua anak lelakinya, Adam Hadiman, 7, dan Mohd Ikmal Danish, 4, ditemui dalam bilik tidur dengan keadaan bibir kehitaman. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui botol cecair peluntur di sisi mayat dua kanak-kanak lelaki itu.

    Menurut Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan dari anggota keluarga mangsa yang curiga terhadap keadaan dua kanak-kanak berkenaan.

    Ujar beliau, ketika ditemui, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu sudah pun meninggal dunia, manakala adiknya dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS).

    Menurut Chong Chern, pemeriksaan lanjut gagal menemui tanda-tanda pergelutan dan unsur jenayah. Oleh yang demikian, pihak polis tidak menolak kemungkinan si ibu meracun kedua-dua anaknya sebelum bertindak menamatkan riwayatnya. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

    Difahamkan, ketika kejadian, hanya mangsa bersama dua anak lelakinya berada di lokasi kejadian, manakala ibu bapa angkat wanita itu berada di kebun berhampiran.

    Ringanlah sudah penderitaan ibu muda dengan dua anak kecil ini akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah kepada dua orang anak kecil ini. Kisah tragis ini benar-benar meruntun jiwa apatah lagi apabila melihat wajah sikecil ini terpaksa dikorbankan akibat masalah rumah tangga kedua ibu bapanya.

    Di dalam Islam, tindakan mengakhiri nyawa sendiri sememangnya ditegah walau apa jua alasannya sekalipun. Usahlah ulangi kisah tragis ini dan paling utama, walaupun penceraian itu dibolehkan dalam Islam, namun Allah murka akan hal ini. Renungkan wajah anak-anak yang masih kecil dan jangan inaya mereka dengan masalah kita.

    Al Fatihah...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maaf Anak-Anakku, Ibu Sudah Tidak Mampu Bertahan Lagi... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top