Ketika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan kenaikan cas tempat meletak kereta yang dibawah seliaannya, ramai orang mengkritik tindakan ini. Malah ada yang mendakwa, DBKL tidak berhati perut dan sebagainya. Lebih melucukan, ada yang begitu pantas menunding kearah Datuk Seri Mohd Najib kononnya kenaikan ini adalah arahan beliau.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa jumlah keseluruhan tempat letak kereta yang dibawah seliaan DBKL adalah berjumlah 45,000. Kesemua cas tempat letak kereta dibawah seliaan DBKL ini dikenakan bayaran sebanyak RM 0.80 sejam dimana cas ini tidak pernah naik sejak sekian lama.
Renungkan sejenak kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur setiap hari. Dianggarkan lebih 200 ribu kenderaan masuk dan keluar daripada ibu negara setiap hari kecuali hujung minggu. Jika ingin membandingkan jumlah kenderaan ini dengan jumlah yang disediakan oleh DBKL, ianya cuma mampu suku daripada keperluan yang diperlukan oleh para pengguna.
Oleh yang demikian, mereka memilih untuk menggunakan khidmat letak kereta yang disediakan oleh pihak swasta dimana cas yang dikenakan untuk sekali masuk adalah diantara RM 3 hingga RM 5. Ada diantaranya mengenakan cas parkir mengikut jam dimana ada diantara pengguna terpaksa membawar RM 20 untuk beberapa jam.
Daripada pengumuman yang dibuat oleh DBKL, kenaikan yang dibuat adalah diantara 100 hingga 150 peratus. Ini bermakna, cas parkir baru yang dikenakan adalah diantara RM 1.60 hingga RM 2.50. Adakah cas ini dikatakan terlalu mahal jika dibandingkan dengan cas parkir di tempat letak kereta swasta? Jawapannya sudah pasti tidak.
Memandangkan volume kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur setiap hari kecuali hari cuti dilihat terlalu tinggi, sudah pastinya dengan kenaikan ini akan menggalakkan pengunjung ke Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti LRT, Monorel, Bas Transit dan sebagainya. Inilah maksud DBKL yang mengatakan, kenaikan ini akan mengurangkan kemasukan orang ramai ke Kuala Lumpur.
Namun begitu, ramai yang menganggap kenaikan ini disebabkan oleh kemahuan DBKL yang mahu mengaut untung lebih. Hakikatnya, mereka lupa bahawa cas parkir oleh pihak swasta sebenarnya jauh lebih tinggi daripada apa yang dikenakan oleh pihak DBKL. Usah terlalu mudah membuat kesimpulan. Sebaliknya, renungkan terlebih dahulu faktor persekitaran sebelum membuat andaian.
0 comments:
Post a Comment