My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 July 2016

    Erdogan Bertukar Menjadi Autokratik Selepas Cubaan Kudeta



    Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam diseluruh dunia. Bagi umat Islam, hari Jumaat merupakan hari untuk melambangkan perpaduan dikalangan pengikutnya dengan menunaikan solat Jumaat bagi kaum lelaki. Malah, hari Jumaat juga dipercayai berlangsungnya pelbagai peristiwa penting di dalam Islam.

    Namun, apa yang berlaku di Turki cukup menggemparkan umat Islam di seluruh dunia. Manakan tidak, disaat Turki dilihat sebagai sebuah negara sekular, kini bertukar menjadi negara berkebajikan berteraskan Islam hasil idea politik yang dibawa oleh Reccep Tayyip Erdogan, negara ini digemparkan dengan cubaan rampasan kuasa oleh Panglima Tenteranya sendiri.

    Dengan kematian mencecah 260 orang, rampasan kuasa di Turki pada kali ini disifatkan antara yang terburuk sepanjang 3 kali cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera sepanjang kewujudan Turki Moden.

    Sebaik sahaja kerajaan pimpinan Erdogan terselamat daripada cubaan rampasan kuasa ini, ramai yang menjangkakan reaksi balas segera akan dilakukan olrh Erdogan untuk berulangnya cubaan rampasan kuasa kali kedua. Telahan berkenaan akhirnya dibuktikan kebenarannya oleh Erdogan. Daripada seorang pemimpin yang lembut tetapi tegas, beliau bertukar menjadi pemimpin yang kejam dan ganas.

    Sehingga semalam, lebih 15,000 orang tenaga pendidik digantung tugas serta merta dengan lebih 8,000 orang sudah ditahan tanpa waran. Dikhabarkan, akan ada lebih ramai lagi bakal ditahan tanpa waran hanya bersandarkan kepada laporan perisik yang masih boleh dipertikaikan.

    Itu belum lagi tindakan kerajaan beliau melaksanakan perintah berkurung di seluruh Ankara bagi mengelakkan berulangnya tragedi hitam ini kembali berulang. Malah, Presiden juga telah memberikan kuasa penuh buat pasukan Polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai dalang mahupun mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kudeta ini.

    Dapat difahami bahawa kebimbangan Erdogan tentang kemungkinan ada pihak mahu mengulangi detik hitam ini semakin meningkat. Namun, daripada seorang yang digambarkan sebagai lembut tetapi tegas kepada bertindak autokratik hanya bimbangkan kuasa yang ada padanya hilang, ia merupakan satu tindakan yang akan memakan dirinya semula satu hari nanti.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Erdogan Bertukar Menjadi Autokratik Selepas Cubaan Kudeta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top