Ketika para penyokong Pakatan Harapan bergembira dengan cadangan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan agar semua pihak didalam Pakatan Harapan dan PAS melakukan "gencatan senjata", sumber dalaman PAS pula mengkhabarkan sesuatu yang tidak enak untuk didengar.

Menurut sumber, ramai dikalangan ahli dan pemimpin PAS menyedari bahawa puak Anwarinas ini mempunyai niat mahu melihat PAS berkubur sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ini ditambah pula dengan kesudian Datuk Seri Abdul Hadi dan Majlis Syura untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam hal ehwal kebajikan umat Islam di negara ini.
Dikatakan, puak Anwarinas ini diketuai oleh Tuan Ibrahim dimana puak ini lebih condong kearah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP serta menjalinkan kerjasama erat dengan PAN didalam Pakatan Harapan. Perkembangan ini jelas tidak dipersetujui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Pakatan Harapan.
Menurut sumber itu juga, ini antara sebab kenapa Tuan Ibrahim mahu menarik semula PAS kedalam Pakatan Harapan walaupun menyedari, usahanya mungkin bakal berhadapan dengan kegagalan.

Menariknya, sehingga kini, usul yang dibuat oleh Tuan Ibrahim masih belum diulas oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz. Ia seolah-olah membenarkan dakwaan ini yang megambarkan PAS kini memang mempunyai masalah dalaman.
0 comments:
Post a Comment