My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 21 July 2016

    Kalau Ada Bukti Jangan Simpan - KJ



    “KALAU ada bukti yang ada hubung kait dengan aktiviti ‘gelap’ dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) elok dedahkan, tak perlu simpan". 

    "Langkah terbaik ialah untuk menyerahkannya kepada pihak yang bertanggungjawab agar siasatan boleh dijalankan,” demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu ‘pendrive’ (pemacu pena) yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM seperti yang didedahkan oleh pemilik Johor Darul Takzim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

    Menurut Khairy, jika benar seperti apa yang didedahkan oleh Tunku Ismail itu, pemacu pena tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak bertanggungjawab dan bukannya disimpan. Jelas Khairy, Tunku Ismail tidak boleh melindungi atau menyimpan mana-mana bukti sekiranya dakwaan baginda itu berasas yang melibatkan amalan rasuah 30 tahun serta sikap salah laku pegawai-pegawai tertinggi di dalam FAM.

    “Kalau ada apa-apa dakwaan, terutamannya dakwaan yang berkaitan penyelewengan atau pun rasuah, ia perlu dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab. Kalau ada bukti jenayah, kita tidak melindungi atau tidak boleh simpan bukti tersebut. Kita kena kemukakannya.

    “Walau apa pun dakwaan, biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat dulu. Saya tidak mahu buat apa-apa andaian. Kalau sekiranya ada maklumat yang sahih, saya harap sesiapa pun akan serahkan maklumat itu kepada pihak yang bertanggungjawab,” kata Khairy kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Perdana Fellows Structured Bootcamp 2016 di Putrajaya, semalam. 

    Media sebelum ini melaporkan, Tunku Ismail mendedahkan bahawa baginda memiliki ‘pendrive’ yang mengandungi ‘aktiviti gelap’ di dalam FAM yang mana ia mempunyai maklumat berkenaan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

    Bagaimanapun, Tunku Ismail hanya mendedahkan dua daripada 279 halaman maklumat dalam pemacu pena tersebut kerana baginda tidak mahu menganiaya sesetengah individu. Baginda juga mahu menyimpan sebahagian daripadanya terlebih dulu kerana ia mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar ke atas individu tertentu. Bagaimanapun, FAM menafikan dakwaan tersebut yang dianggap sebagai tidak berasas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kalau Ada Bukti Jangan Simpan - KJ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top