My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 23 July 2016

    Pencarian MH370 Dihentikan



    Kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac 2014 lalu, terus kekal menjadi tanda tanya. Pelbagai teori dikemukakan oleh ramai pakar diseluruh dunia untuk merungkai misteri kehilangan pesawat penumpang ini. Malah, gerakan mencari bangkai pesawat berkenaan di Lautan Hindi yang melibatkan Malaysia, Australia dan China disifatkan sebagai pencarian terbesar seumpamanya di dunia.

    Namun, setelah dua tahun usaha mencari kapal terbang malang ini dilakukan, akhirnya misi pencarian paling mahal dalam sejarah dunia ini, akhirnya ditamatkan secara rasmi. Dalam satu kenyataan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia, Australia dan China akan menamatkan pencarian ke atas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

    Menurut Liow, usaha pencarian ke atas pesawat berkenaan akan dihentikan selepas pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi ditamatkan secara rasmi. Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pencarian MH370 juga akan ditangguhkan sehingga sebarang maklumat terbaharu muncul bagi mengesan lokasi sebenar pesawat malang terbabit.

    Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang memaklumkan bahawa China, Australia dan Malaysia tidak akan berputus-asa untuk mencari pesawat yang hilang sejak 2014 lalu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menghuraikan hala tuju pencarian ini.

    Sebelum ini, beberapa serpihan yang dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemui sejak tahun lepas, namun hanya bahagian flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebagai 100 peratus milik pesawat malang itu.

     Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pencarian MH370 Dihentikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top