Kalau kita masih mengingati maksud sebenar hipokrit, mungkin inilah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tindakan Tun Dr Mahathir bersama-sama rakan pembangkangnya yang lain. Sepanjang perjuangan mereka, perjuangan mereka dipenuhi dengan sikap hipokrasi dan "double standtard" dimana matlamat menghalalkan segala cara.
Masih ingat bantahan yang dilakukan oleh pro pembangkang dan Tun M mengenai perjanjian Trans Pacific Partneship Agreement (TPP), awal tahun ini? Pada waktu itu, cukup ramai para pentaksub Tun M dan pembangkang memainkan isu ini kononnya Malaysia menyerahkan diri kepada Amerika untuk menakluk negara ini dari segi ekonomi.
Malah ada dakwaan yang mengatakan, kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sanggup menjadi barua Amerika hanya semata-mata mahu menjaga poket dan kuasa yang ada padanya. Sehinggakan ada diantaranya sanggup bertindak biadab dengan menghina dan mencaci Perdana Menteri dimana kesnya kini sedang dalam proses perbicaraan.
Bantahan itu tidak terhenti setakat itu. Ada yang sanggup menganjurkan demo mengutuk cadangan penyertaan Malaysia kedalam TPPA dan ada juga yang menuntut Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan.
Itu semua cerita awal tahun yang lalu. Hari ini, kelompok yang sama bersorak gembira apabila Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan siasatan berhubung salah laku seorang individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Walaupun Loretta Lynch tidak menyebut siapa orangnya, namun bagi kelompok ini, mereka pantas menganggap Datuk Seri Mohd Najib sebagai orangnya.
Hal ini pantas dinafikan oleh Peguam Negara Amerika yang menegaskan, Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes sivil ini. Malah, lebih melucukan, 1MDB mengesahkan, mereka tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat untuk disita oleh Jabatan Peguam Negara Amerika.
Daripada sorakan kegembiraan, kini boleh digambarkan sebagai saat berduka bagi kelompok pengkhianat ini. Harapan mereka untuk menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib didakwa di Amerika Syarikat, sekali lagi dihampakan.
Jika sebelum ini mereka menyanjung tinggi kehebatan dan keberanian Jabatan Peguam Negara Amerika yang mereka sifatkan sebagai hero dan kerajaan Amerika yang cukup disanjung tinggi, kini mereka sedang merangka fitnah terbaru untuk kekal mengaitkan kerajaan dan Jabatan Peguam Negara Amerika sebagai modus operandi mereka.
Apa yang pasti, sanjungan mereka keatas Amerika hari cukup melambung tinggi sehingga mereka lupa bahawa Amerikalah negara yang mereka keji, hina dan kutuk semasa perjanjian TPPA yang lalu. Jelas sekali, mereka ini cukup hipokrit dan lebih teruk lagi, langsung tiada pendirian dan maruah dalam memperjuangkan sesuatu.
0 comments:
Post a Comment