My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 16 July 2016

    Saya Minum Dan Mandi Dengan Darah Mangsa - Juana



    Melihat daripada susuk tubuh dan wajahnya, tiada siapa yang menyangka dia adalah seorang yang cukup sadis dan sanggup melakukan pembunuhan kejam tanpa perlu untuk disuruh oleh sesiapa. Malah, dia dikenali sebagai seorang samseng wanita yang cukup digeruni oleh ramai orang termasuk anggota kumpulannya sendiri.

    Dia yang dimaksudkan adalah Juana atau lebih dikenali sebagai "La Peque" di utara Mexico. Dia yang menganggotai kumpulan kartel dadah Zetas, telah melakukan kejutan apabila menceritakan secara terperinci kekejaman yang dia lakukan sepanjang menganggotai kumpulan ini.

    Dia yang kini sedang menjalani hukuman di sebuah penjara di Baja, California, Amerika Syarikat memberitahu, sejak dia masih kanak-kanak, dia memang seorang pemberontak. Seperti remaja bermasalah yang lain, dia mula terjebak kedalam penagihan dadah dan arak yang teruk. Bayangkan, pada usia 15 tahun, dia sudah hamil anak pertama hasil hubungan dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripadanya.

    Penglibatannya dengan kumpulan samseng ini bermula sewaktu dia diambil sebagai "holconeo" atau bertugas sebagai pengawas rondaan polis dan tentera. Kekejamannya bermula sewaktu dia melihat sendiri pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh anggota kumpulan yang lain. Malah dia mengakui, pernah melihat bagaimana seorang lelaki di belasah dan kepalanya dipecahkan dengan penukul.

    Akibat daripada pengaruh "rakan seperjuangannya" inilah yang telah menerbitkan keghairahannya terhadap darah. Juana dilaporkan begitu teruja apabila mendengar mangsanya samada lelaki atau perempuan, mula mengerang kesakitan dengan darah mula mengalir akibat dibelasah olehnya.

    Dalam pengakuannya, Juana mengakui, pernah menyiram seluruh tubuhnya dengan darah yang ditampung melalu leher mangsanya. Adakalanya, dia akan melumurkan seluruh tubuhnya dengan darah yang masih panas kerana pada tanggapannya, darah berkenaan akan membuatkan tubuhnya berasa jauh lebih segar dari mandi menggunakan air biasa.

    Lebih teruk lagi, Juana mengakui, dia pernah meminum darah mangsanya dan pernah memenggal kepala mangsanya hanya akibat tidak suka melihat wajah dan tingkah laku mangsanya. Malah, dia juga turut mengakui, pernah mengadakan hubungan seks dengan mayat mangsa yang dipenggalnya dan dia berasa cukup teruja melakukannya berbanding dengan orang yang masih hidup.

    Semua perlakuannya ini diketahui oleh kesemua anggota kumpulan kartel Zetas dan mereka menganggap, Juana seperti seekor syaitan yang dilahirkan dalam tubuh manusia. Namun begitu, Juana cukup dihormati oleh ahli kumpulan yang lain kerana dia cukup gemar membantu termasuklah sanggup menggadaikan nyawa andai berlaku perperangan sesama kartel dadah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Minum Dan Mandi Dengan Darah Mangsa - Juana Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top