My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 July 2016

    Cari Penyelesaian Menyeluruh


    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat automotif dan pengeluar minyak sawit hari ini di kementeriannya berhubung pelaksanaan mandat biodiesel B10. 

    Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, antara perkara utama yang akan disentuh dalam mesyuarat terbabit adalah mengenai kebimbangan pihak berkenaan terhadap pelaksanaan B10 yang sepatutnya dikuatkuasakan Jun lalu.

    Beliau berkata, kementerian memahami masalah yang dihadapi pengeluar kenderaan dan berharap dapat berbincang dengan baik berhubung perkara ini supaya ia dapat memberikan gambaran yang jelas pada masa hadapan.

    “Selepas mesyuarat diadakan kita akan lihat sejauh mana tindakan dapat dicapai kerana kami memahami mengenai kebimbangan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, semalam.

    Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk M Nagarajan dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

    Pada Jun lalu, kerajaan menangguhkan pelaksanaan B10 selepas terdapat data yang menunjukkan B10 tidak memenuhi spesifikasi diperlukan oleh pembuat kenderaan. Malah, turut dilaporkan pelbagai pengeluar kenderaan seperti BMW Malaysia, Isuzu, Toyota dan Volkswagen melahirkan kebimbangan berhubung pelaksanaan biodiesel B10.

    Bagaimanapun, Mercedes-Benz Malaysia menyatakan bahawa kenderaan berkuasa diesel adalah bersesuaian sepenuhnya dengan campuran baharu berkenaan.

    Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia sebelum ini dilaporkan akan meningkatkan mandat biodiesel kepada 10 peratus bagi sektor pengangkutan dan tujuh peratus bagi sektor perindustrian mulai Jun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cari Penyelesaian Menyeluruh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top