My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 14 July 2016

    Operasi Tetap RapidKL Di Sarawak Ditolak

    TOLAK RAPIDKL: Sazali (tengah) bersama William (dua kiri), Lai Sin Chong (kiri) dan Michael Wong ketika mengadakan sidang media di Kuching, semalam.

    Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) belum bersedia menerima kehadiran syarikat pengangkutan awam RapidKL untuk beroperasi secara tetap di negeri ini. Pengerusinya Sazali Morshidi berkata syarikat pengangkutan sedia ada masih mampu menampung populasi pengguna bas di Sarawak khususnya bandar raya Kuching. 

    “Kita tidak perlu mereka (RapidKL) untuk membantu atau beroperasi di sini, kita percaya syarikat tempatan mempunyai pengalaman serta cukup untuk memberi kemudahan pengangkutan awam,” katanya. Sazali berkata demikian ketika mengulas kenyataan ketua pegawai operasi RapidKL yang mahu meluaskan operasi syarikat tersebut di Kuching sekiranya menerima tawaran, dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

    Tegas beliau, pihaknya tidak akan membenarkan RapidKL menjalankan operasi tetap di Kuching yang kini memiliki lima syarikat bas awam tempatan yang disifatkan mencukupi. “Sekiranya mereka (Rapid-KL) beroperasi di sini, ia akan menjejaskan pendapatan kami sebagai syarikat pengangkutan tempatan,” katanya.

    Menyedari RapidKL terlibat secara langsung dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 Sarawak, Sazali berkata pembabitan syarikat berkenaan dalam kejohanan sukan di negeri ini atas keputusan kerajaan negeri.

    Katanya SBTCA menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana penglibatan itu merupakan bantuan serta kerjasama dua pihak dalam melancarkan perjalanan pengangkutan para atlet sukan. “Kita terima keputusan tersebut dengan hati terbuka serta atas dasar keharmonian, perkara ini tidak menimbulkan masalah.

    “Tetapi jika mereka mahu beroperasi di sini secara tetap, jawapannya ialah tidak,” ujar Sazali. Hadir sama, Timbalan Pengerusi SBTCA Lai Sin Chong, Setiausaha SBTCA William Chan dan Michael Wong.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Operasi Tetap RapidKL Di Sarawak Ditolak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top