Melihat kepada persaingan suhat yang wujud diantara kebanyakan para peniaga kecil-kecilan di seluruh Lembah Klang, ianya bakal mewujudkan lebih ramai peniaga dari kalangan bumiputera untuk menambah pendapatan mereka. Tidak banyak premis dibuka, khas untuk para peniaga kecil-kecilan memulakan perniagaan mereka dengan modal yang tidak begitu besar.

Rata-rata yang ditemui menzahirkan perasaan syukur mereka apabila ada pihak seperti GAM ini sudi menyediakan tapak dan gerai untuk mereka memasarkan hasil Borneo kepada warga tempatan terutamanya penduduk di Semenanjung.
Malah, sepanjang dua hari gerai jualan ini dibuka di sini, sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Tidak terhad kepada pengunjung yang berasal dari Sabah mahupun Sarawak, mereka yang mendiami kawasan Ampang juga turut menikmati hasil jualan yang disediakan oleh hempir kesemua peniaga yang berasal dari Borneo.

Dia yang hadir bersama-sama keluarganya juga memberitahu, amat mudah disini untuk mendapatkan kek lapis Sarawak yang jarang untuk dia dan keluarganya nikmati. Jika ada sekalipun, dipasaran luar, harganya sedikit mahal berbanding apa yang dijual di Borneo Street ini.
Seorang lagi pengunjung, Cik Lisa Damit mengakui, kewujudan Borneo Street di Galaxy Ampang Mall ini sedikit sebanyak mengubat kerinduannya terhadap Sarawak. Jika dahulu, dia hanya menikmati makanan Sarawak setiap kali Perayaan Gawai ataupun Krismas, namun kini, dia hanya perlu datang ke GAM setiap hujung minggu bagi menikmati hasil makanan Sarawak.
Begitu juga dengan Puan Suriati Ramlan yang tinggal tidak jauh dari GAM. Katanya, kewujudan Borneo Street ini telah memperkenalkan kepadanya hasil kerja tangan manik yang disulam indah sehingga menyebabkan dia membeli hasil kraf ini.

Untuk makluman, buat masa sekarang, Borneo dan India Street di Galaxy Ampang Mall ini dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Bagi yang mencari kelainan dengan mencari hasil kerja dan makanan dari Borneo, inilah peluang anda melihat sendiri keunikan yang bakal disajikan oleh Borneo.
0 comments:
Post a Comment