Seorang anggota polis berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan selepas berlaku pergelutan dengan isterinya di sebuah rumah di Apartmen Cyber City di Sandakan semalam.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa Mohd. Fazli Meskan, 31, yang bertugas di Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu ditemui terbaring di ruang tamu rumahnya dengan kesan tembakan pada dada.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam yang terdengar bunyi tembakan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Katanya, pihak polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian menuju ke rumah mangsa di tingkat dua dan melihat seorang lelaki terbaring di ruang tamu. “Pemeriksaan mendapati, mangsa merupakan anggota polis berusia 31 tahun dan dipercayai telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya semalam.
0 comments:
Post a Comment