My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 July 2016

    Nur Iman Tak Patah Semangat


    “Saya tidak patah semangat, kejadian itu sebahagian risiko bakal dihadapi semasa bertugas,” kata Lans Koperal Nur Iman Ngarif, 24. Nur Iman terbabit dalam kemalangan ketika mengiringi rombongan urus setia Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di persimpangan lampu isyarat Jalan Merbau di sini, petang kelmarin. 

    Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang bertugas sebagai anggota polis dan bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

    “Itulah risiko yang yang perlu kami (anggota polis) hadapi, mujurlah saya tidak mengalami kecederaan teruk,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Junaidi Bujang di hotel penginapannya di Jalan Kwang Tung di sini, semalam.

    Sementara itu, Junaidi berkata, Nur Iman akan diberikan rehat dua hari sebelum kembali bertugas seperti biasa. Menurutnya, dia juga akan diberikan tugas lain yang lebih ringan berikutan tahap kecederaan dialaminya.

    “Kecederaan dialaminya tidak serius dan masih boleh bertugas seperti biasa. Kami juga tidak menerima arahan supaya Nur Iman diminta pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak di Sabah, justeru dia akan bertugas seperti biasa. Cuma dia tidak lagi ditugaskan sebagai anggota pengiring, sebaliknya ditukarkan kepada tugas lebih ringan,” katanya.

    Beliau berkata, kejadian itu masih dalam siasatan terutama mencari saksi kejadian. “Kemungkinan pemandu kenderaan yang merempuh Nur Iman tidak nampak dia berada di tengah persimpangan jalan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nur Iman Tak Patah Semangat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top