Perbuatan kejam seorang tahi dadah yang sanggup membunuh empat orang ahli keluarganya berbalas apabila suspek akhirnya mati ditembak sepasukan anggota polis di Jalan Pasar, Air Itam di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, suspek, Chung Chun Wah, 32, mati dengan beberapa kesan tembakan pada kepala dan badan di tempat duduk hadapan kereta jenis Proton Wira Aeroback warna keemasan.
Suspek ketika itu memakai baju T berwarna biru tanpa kolar, berseluar pendek hitam dan memakai topi dan beg silang. Jarak lokasi suspek dikesan adalah kira-kira 40 kilometer dari kilang memproses ayam di Batu Maung iaitu lokasi dia menembak mati empat ahli keluarganya kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain berkata, pihak polis melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan ketika sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.
0 comments:
Post a Comment