Seorang kontraktor rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencederakan isterinya, wanita warga Thailand, dalam kejadian di Perumahan Hutan Pasir, Ketereh di sini pada bulan lalu.
Tertuduh, Mat Sakeri Kadir, 50, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha ‘Amir Yasser Amri.
Mengikut pertuduhan, Mat Sakeri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Munira Anuar, 31, dengan menumbuk muka, menyiku atas kepala dan leher serta menampar pipi wanita itu beberapa kali. Kejadian itu didakwa dilakukan pada pukul 5.30 petang di Perumahan Hutan Pasir, Ketereh, 24 Jun lalu.
0 comments:
Post a Comment