Perkembangan yang berlaku petang tadi sekali lagi menyaksikan betapa kejamnya cara berpolitik yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir. Seperti apa yang diamalkan oeh beliau sepanjang memerintah Malaysia selama 22 tahun, beliau tidak teragak-agak untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang menyekat laluannya untuk mencapai apa sahaja cita-citanya.
Hari ini, Tun Dr Mahathir sekali lagi bertindak mengkhianati bekas anak didik dan Timbalan beliau sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah kali kedua, sepanjang hayat kedua-dua orang pemimpin berkenaan yang menyaksikan bagaimana Tun M menjatuhkan kedudukan Anwar dengan begitu mudah sekali.
Seperti sedia maklum, pada tahun 1998, Tun M pernah menyatakan, tidak akan memecat Anwar dari UMNO kerana beliau masih belum lagi didakwa dan diapati bersalah atas kesalahan salah laku. Namun, 4 hari kemudian, Tun M bertindak memecat Anwar dari semua jawatannya didalam UMNO termasuk menyingkirkan terus Anwar dari UMNO.
Nyata hal ini telah menyebabkan kemarahan Anwar dan keluarganya terhadap Tun M tidak dapat dipadam lagi. Dua tahun kemudian, Anwar didapati bersalah kerana meliwat Azizan Abu Bakar di Tivolli Villa, Bangsar dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.
Setelah 16 tahun berlalu, hari ini, Tun M bertindak mengusir Anwar selaku Ketua Umum dan bakal Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan dengan begitu mudah. Seolah-olah seperti kain buruk, Anwar dan keluarganya terpaksa berhadapan dengan tingkah laku dan nafsu serakah Tun M dalam arus politik semasa, hanya kerana mahu menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib dapat dijatuhkan.
Anwar yang menguasai Pakatan pembangkang sejak 15 tahun yang lalu kali ini terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya telah dikhianati oleh individu yang sama buat kali kedua. Usahkan kedudukan Anwar sendiri telah diambil alih, kerusi Ketua Pembangkang yang dikuasai isterinya juga turut diambil alih oleh Tun M.
Pastinya, apa yang berlaku didalam Pakatan Harapan tidak lagi menyebelahi Anwar dan keluarga. Paling utama, PKR sendiri telah terpecah dua akibat daripada nafsu serakah Tun M kali ini. Mahu atau tidak mahu, Anwar yang bakal dibebaskan pada Oktober tahun hadapan harus menelan hakikat bahawa rakan-rakan pembangkangnya sudah meminggikan Anwar dari pakaran mereka.
Paling utama, Anwar harus akur dan menelan hakikat bahawa, Tun Dr Mahathir Bin Mohamed telah sekali lagi menjahanamkan karier politik Anwar dan kali ini jauh lebih kejam dimana, isteri dan anak beliau sendiri turut menerima tempias hasil daripada nafsu menggila Tun M.
0 comments:
Post a Comment