My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 21 July 2016

    HSR Bakal Beri Manfaat Kepada Rakyat



    Pembinaan High Speed Rail (HSR) yang dijangkakan siap sepenuhnya pada 2026 dijangka bakal memberikan manfaat kepada penduduk yang terlibat sepanjang pembinaan berkenaan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembangunan berkaitan transit akan meningkat dalam memberi pembangunan kepada bandar bandar yang bercantum dalam link rel HSR ini.

    Menerusi analisa yang dilakukan, beliau berkata projek ini akan memberi impak ekonomi yang amat baik kepada kedua negara Malaysia dan Singapura. Dijangkakan kawasan yang melibatkan hentian berkaitan HSR seperti Seremban , Muar , Batu Pahat dan Iskandar Putri akan menerima impak pembangunan pesat hasil daripada projek ini.

    Beliau juga menegaskan bahawa kementerian beliau akan memberi sepenuh sokongan terhadap projek ini. Ujar beliau, pihak kementerian mahu penduduk di sepanjang pembinaan ini nanti, berhubung melalui pengangkutan bandar sedia ada seperti MRT dan LRT sebagai sebahagian dari program transformasi pengangkutan yang diterapkan oleh kerajaan.

    Sebelum ini, Projek dua trek HSR (double track) sepanjang 350km ini akan mewujudkan 1 terminal (stesyen) baru di bandar baru yang diberi nama Bandar Malaysia di Sungai Besi. Manakala satu lagi stesyen baru akan dibina di Jurong, Singapura.

    Jika selama ini perjalanan dari Kuala Lumpur- Singapura melalui kenderaan biasa memakan hampir 5 jam, maka dengan adanya HSR ini, perjalanan dapat dipendekkan kepada hanya 90 minit sahaja. Projek ini memakan belanja hampir RM60 billion, namun dijangkakan pulangan dan impak ekonominya lebih besar dengan apa yang dipanggil "massive spill over".

    Dalam perkembangan yang sama, tender bagi projek keretapi laju HSR ini dijangka akan mula dibuka dalam tempoh setahun. Hal ini disahkan sendiri oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai sebaik sahaja MOU mengenai HSR ini ditandatangani dan pihak berkuasa akan menyiapkan dokumen tender tersebut

    Beliau juga mendedahkan, banyak syarikat antarabangsa telah menunjukan minat dalam projek HSR ini dan pihak kementerian amat mengalu-alukannya. Ujar beliau, ini adalah satu projek yang terulung kerana ia satu-satunya projek sebegini di negara ASEAN
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HSR Bakal Beri Manfaat Kepada Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top