My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 July 2016

    DUN Pulau Pinang Bakal Bubar Demi Guan Eng?



    Hangat diperkatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dikatakan bakal dibubar sebaik sahaja Lim Guan Eng menghadap Tuan Yang Terutama, Tun Haji Abdul Rahman Abbas, Jumaat ini. Malah, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dijangka bakal mengadakan pertemuan tertutup dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang esok.

    Apa sebenarnya sudah terjadi? Semua ini mungkin boleh dikaitkan dengan pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berikutan tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan sebuah lot banglo di Jalan Pinhorn dan kes penyalahgunaan kuasa untuk sebidang tanah di Taman Manggis.

    Mungkin ada yang mengatakan hal ini hanya sekadar khabar angin, namun menerusi sumber yang boleh di percayai di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng dijangka menghadap Tun Haji Abdul Rahman pada sebelah pagi bagi membincangkan masa depan kerajaan negeri yang sedang beliau terajui.

    Mungkin bagi Guan Eng, ia merupakan salah satu helah untuknya bagi menyelamatkan jawatannya disaat semua pihak kini sedang sibuk mendesak Guan Eng melepaskan jawatannya selaku Ketua Menteri. Malah, dikhabarkan, DAP negeri juga dilaporkan turut mendesak Guan Eng untuk sekurang-kurangnya mengambil cuti sementara kesnya dibicarakan.

    Kedudukan Guan Eng semakin lama semakin bercalaru akibat daripada kengganannya melepaskan jawatan atau sekurang-kurangnya bercuti buat sementara waktu. Mungkin atas nasihat penasihat politiknya, Guan Eng mungkin mengambil jalan untuk membubarkan DUN dan sekaligus menyaksikan Pulau Pinang bakal mengadakan Pilihan Raya Negerinya sendiri.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DUN Pulau Pinang Bakal Bubar Demi Guan Eng? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top