My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 19 July 2016

    20 Pemandu Di Denda Ikut Lorong Kecemasan



    Taktik 20 pemandu yang rata-rata memberikan alasan terpaksa menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya kerana tidak tahan untuk ke tandas gagal melepaskan mereka daripada hukuman selepas didenda antara RM1,000 sehingga RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas semua pemandu terbabit yang terdiri daripada 16 lelaki dan empat wanita berusia antara 23 hingga 65 tahun selepas masing-masing mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

    Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kesemua mereka didakwa memandu kenderaan masing-masing dan menyalahgunakan lorong kecemasan di Kilometer 222 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kira-kira pukul 5 petang pada 22 Mei lalu.

    Mereka didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun jika sabit kesalahan.

    Sepanjang proses pendakwaan, kesemua pemandu yang dipanggil mengemukakan pelbagai alasan semasa proses ra­yuan dengan majoriti memberitahu mereka menggunakan laluan kecemasan kerana tidak tahan untuk ke tandas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 20 Pemandu Di Denda Ikut Lorong Kecemasan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top