My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 July 2016

    Pengikut IS Mengaku Lontar Bom


    Dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan pengganas Islamic State (IS) warga Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas sembilan tuduhan memiliki, membaling dan meletupkan bom tangan di pusat hiburan Movida Boulevard di Puchong bulan lalu. 

    Dua tertuduh, Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie@Jahali, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

    Mengikut pertuduhan, mereka membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis Fuze M213 sehingga menyebabkan kecederaan ter­hadap lapan mangsa. Kesalahan itu dilakukan Imam Wahyudin dan Jonius di Movida Boulevard, Puchong dekat pada pukul 2 pagi, 28 Jun lalu. 

    Imam Wahyudin seorang pe­nganggur manakala Jonius be­kerja sebagai operator di sebuah kilang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengikut IS Mengaku Lontar Bom Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top