Ancaman yang sentiasa berlegar didalam negara yang datangnya dari kumpulan pengganas Daesh sejak akhir-akhir ini, nyata sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan masyarakat berhubung pengaruh dan gerakan kumpulan ini di Malaysia. Untuk itu, pihak polis sentiasa mengawasi dan bertindak pantas dalam menyekat fahaman ekstrimis ini dari menular.
Mengulas tentang hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, pihaknya sentiasa komited dalam memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyekat pengaruh Daesh ini dari menular kedalam negara.
Beliau berpendirian tegas dan mengutuk sekeras kerasnya keganasan yang dilakukan oleh pihak ekstremis. Dimana kejadian pengeboman dilakukan ditempat orang ramai sepeti itu boleh mengorbankan jiwa dan harta benda. Sambil itu, beliau juga berharap pihak PDRM mengambil langkah pencegahan yang bersesuaian supaya negara ini tidak menjadi tempat sarang pembiakan para pelampau ini.
MCA juga khuatir apabila meneliti laporan adanya dua suspek anggota IS yang terbabit dalam serangan di Dhaka pada 2 Julai lalu pernah berada dan belajar di negara ini. Laporan mendapati mereka mula berkecimpung dalam kumpulan teroris di sini setelah setahun sahaja mula belajar dan ini jelas membuatkan imej Malaysia menjadi buruk di mata dunia.
Ia juga menjadikan seolah olah Malaysia menjadi tempat melahirkan golongan pelampau seumpama itu. Liow juga amat menyokong seruan Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak kepada masyarakat dunia agar semua mengembeling tenaga dalam usaha memerangi keganasan dan puak pelampau ini.
0 comments:
Post a Comment