My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 July 2016

    Diktator Ciptaan Mahathir



    Satu persatu serangan dan cubaan Tun Dr Mahathir lakukan hanya bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Daripada istilah, demi sayangkan UMNO dan Malaysia, hari ini, penentangannya hanya berlandaskan nafsu politiknya semata-mata.

    Satu ketika dahulu, beliau cukup mengutuk keras sebarang pemerintahan autokratik atau lebih dikenali sebagai pemerintahan secara diktator. Beliau pernah mengulas mengenai pentadbiran bekas Presiden Indonesia, Suharto yang beliau sifatkan sudah melepasi zaman sewaktu kebangkitan pelajar dan rakyat Indonesia yang menuntut Suharto meletakkan jawatan.

    Ujar beliau, Suharto sudah melewati zaman kegemilangannya dan hari ini, dunia melihat pentadbirannya seperti seorang diktator dimana Suharto enggan melepaskan jawatannya walaupun sudah melewati umur yang sepatutnya.

    Hari ini, Tun M sekali lagi terpaksa menelan semula kata-katanya. Menjangkaui umur 91 tahun, beliau tidak pernah puas dalam politik dan sekali lagi beliau mahu mengepalai gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, seperti apa yang beliau lakukan sewaktu menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kira-kira 7 tahun yang lalu.

    Malah, beliau akan mengarahkan sesiapa sahaja yang sanggup tunduk dan akur kepadanya untuk menjalankan kerja dibelakang tabir untuk memastikan gerakannya berjaya. Lihat sahaja bagaimana beliau mempergunakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Anina Saaduddin, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan ramai lagi.

    Semuanya, hanya dengan satu tujuan dan bukan lagi berpegang kepada istilah sayangkan negara ataupun sayangkan perjuangan didalam UMNO. Kesemua kritikan yang dilemparkan kepada Suharto, Saddam Hussien dan beberapa pemimpin luar yang lain berhubung cara pemerintahan diktator, kini sudah memaliti dirinya sendiri.

    Inilah yang menjadi punca kenapa kredibilitinya selaku Negarawan kini sudah boleh dipertikaikan. Tun M semakin hanyut dalam gelora nafsu politiknya sehingga enggan lagi memperdulikan apa jua nasihat yang diberikan kepadanya. Baginya, walaupun terpaksa menggunakan syaitan pun, beliau sanggup lakukan, hanya untuk memasitikan Datuk Seri Mohd Najib, meletak jawatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Diktator Ciptaan Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top