My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 18 July 2016

    SPAD Sedang Berusaha Untuk Selaraskan Penguatkuasaan



    Masih ada beberapa pihak yang masih menunding jari keatas semua agensi penguatkuasaan jalan raya diatas kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspres merempuh 10 buah kenderaan di Terowong Menora, 10 Julai lalu. Ada yang mendakwa JPJ harus dipersalahkan berhubung insiden ini. Ada juga yang menyalahkan PDRM dan SPAD juga turut terbabit sama dalam pertikaian ini.

    Seperti yang dihuraikan sebelum ini, jika berlaku sesuatu kemalangan yang membabitkan kenderaan awam, terdapat beberapa pihak yang akan melakukan siasatan mereka yang tersendiri sebelum tindakan akhir dapat dilakukan oleh SPAD dalam menghukum dan memberi pengajaran kepada yang lain agar tidak berulangnya insiden seperti ini.

    Kesemua agensi ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dan kesemuanya masih belum lagi diselaraskan. Untuk itu, pihak SPAD mengakui, sedang mencari satu alternatif terbaik untuk menggabungkan rekod semua agensi ini agar kejadian sebegini tidak berulang.

    Sebagai contoh, rekod saman bagi pemandu dan bas ekspres yang terlibat, dapat diakses bersama oleh pihak JPJ, PDRM dan SPAD bagi mengelakkan pemandu dan bas seperti ini berada di jalan raya. Begitu juga dengan rekod Puspakom yang menunjukkan keadaan semasa bas berkenaan bagi menjamin keselamatan penumpang terjamin.

    Kesemua ini pastinya memberi satu dimensi baru dalam penguatkuasaan undang-undang. Ia sekaligus memudahkan semua agensi yang terlibat termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menjalankan siasatan mereka dengan lebih terperinci serta dapat membendung pemandu dan bas yang mempunyai saman yang tertunggak untuk meneruskan operasi mereka.

    Dalam perkembangan yang sama, pihak SPAD juga komited untuk menjalinkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya dengan pihak PDRM dan JPJ. Ketika ini, dibeberapa sekatan jalan raya yang diadakan di ibu negara, pihak SPAD turut terbabit sama bagi memeriksa pemandu kenderaan awam seperti teksi dan bas mengikut syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan.

    Ini bagi menjamin, kesemua pemandu kenderaan awam berada dalam keadaan baik serta kenderaan yang dipandu mereka kekal pada tahap keselamatan yang tertinggi. Inilah komitmen SPAD dalam memastikan semua bidan tugas mereka kekal berada pada kedudukan yang baik dan orang ramai diminta berhenti dari saling tunding menunding diantara satu sama lain.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Sedang Berusaha Untuk Selaraskan Penguatkuasaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top