Seorang wanita Siam bagai hidup dalam neraka selepas suaminya yang berkahwin muda kerap menjadikan dirinya tempat melepas geram dan pernah tergamak membogelkan dirinya di depan rumah.
Kejadian yang berlarutan sejak sebulan lalu dilalui oleh wanita warga Thailand berusia 31 tahun itu yang bersuamikan seorang kontraktor. Mereka berkahwin sejak empat tahun lalu dan tinggal di sebuah rumah di Ketereh dekat sini.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia tiga tahun. Cerita ibu muda itu, peristiwa paling memalukan dalam hidupnya berlaku ketika suaminya yang berusia 50 tahun tergamak menarik bajunya sehingga koyak manakala kain dipakai dilondehkan sebelum dia diseret ke depan rumah dalam keadaan berbogel.
0 comments:
Post a Comment