Pelakon Nora Danish mendedahkan dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Nedim selewat-lewatnya hujung tahun ini. Nora, 34, berkata, majlis yang bakal berlangsung itu adalah secara sederhana dan bukan dalam serba mewah seperti diperkatakan banyak pihak.
"Pada saya untuk sebuah majlis yang mewah memerlukan persiapan yang lama. Saya sendiri tidak ada masa untuk itu kerana jadual kerja dan perniagaan yang padat. Disebabkan itu saya merancang untuk mengadakan majlis kahwin yang ringkas dan sederhana. Jadi doakan saja semoga ia dapat dilaksanakan tahun ini," katanya.
Nora yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, Bali di Indonesia menjadi salah satu lokasi majlis persandingan mereka. "Saya memang mengimpikan perkahwinan tepi pantai. Memandangkan saya suka ke Bali, jadi pulau percutian itu menjadi pilihan saya," katanya.
Bagaimanapun, belum ada sebarang tarikh ditetapkan membabitkan majlis nikah dan persandingan mereka. Dalam masa sama, Nora turut menafikan dia sudah berkahwin seperti didakwa banyak pihak.
Perkara itu timbul apabila gambar yang dimuat naik Nora bersama kekasihnya di Instagram pada Aidilfitri lalu mengundang pertanyaan peminat. Saya memang belum berkahwin. Kalau betul, boleh pergi tanya pejabat agama.
"Pada saya gambar yang dimuat naik itu biasa saja. Tidak ada apa yang mencurigakan. Seperti saya katakan sebelum ini, jika ada khabar gembira saya akan kongsikan kepada semua," katanya.
0 comments:
Post a Comment