My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 27 July 2016

    Tengku Abdullah Dan FAM Ada Formula Sendiri




    SATU formula akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu dicapai hasil pertemuan beliau dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berlangsung lebih sejam semalam. 

    “Ada beberapa perkembangan yang saya rasa sangat-sangat positif, bagi masa sedikit untuk saya bincang dengan yang lain. Kita akan buat pengumuman selepas ini, dua atau tiga hari lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan di Shahzan House, Ampang.

    Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) dan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kononnya mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tengku Abdullah Dan FAM Ada Formula Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top