My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 July 2016

    Penceroboh Lahad Datu Bersalah


    Sebanyak 13 daripada 14 tertuduh yang diarah membela diri dalam kes pencerobohan Lahad Datu tiga tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini semalam. 

    Pada prosiding yang dijalankan di Penjara Pusat Kota Kinabalu, sembilan daripada tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

    Mereka terdiri daripada Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, iaitu anak kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

    Datu Amir Bahar, Salib Akhmad, Al Wazir, Tani dan Julham juga disabitkan bagi kesalahan kedua di bawah Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan dengan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

    Turut bersalah kerana menjadi anggota kumpulan pengganas ialah rak­yat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, serta warga Filipina Timhar Hadil, 39 dan bapanya, Hadil Suhaili, 68, yang meninggal dunia pada 24 April lalu semasa dalam tahanan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penceroboh Lahad Datu Bersalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top