My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 19 July 2016

    Kenapa Seperti Orang Sewel Serang Kerajaan Walhal Sudah Pencen?



    Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir ada mengungkapkan "selepas ini, saya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama-sama keluarga saya. Mereka berkorban terlalu lama untuk melihat saya berkecimpung di dalam politik. Saya juga mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan amal ibadah saya tanpa perlu memikirkan lagi hal ehwal negara".

    Seperti yang beliau selalu ungkapkan, Melayu mudah lupa, begitulah bayangan apa yang telah terjadi pada hari ini. Sepuluh tahun selepas persaraannya, beliau muncul di arena politik negara dengan mula memfitnah kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib. Malah sebelum itu, selepas 3 tahun beliau mengungkapkan kata-kata itu, beliau bertindak menyerang kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Inilah yang dilakukan oleh Tun M sejak dari tahun 2005 sehingga kini. Tidak ada seorangpun Perdana Menteri selepas beliau dapat memenuhi hasrat dan keinginannya kepada negara. Melucukan, seorang yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin juga dilihat seperti orang sewel selepas bersara sepenuhnya dari arena kewartawanan.

    Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Malaysia Kini, beliau menyifatkan para penyokong UMNO hari ini seperti "orang mabuk todi" apabila bertindak menghentam cadangan Tun M mewujudkan parti baru. Beliau mempersoalkan, kenapa penyokong UMNO hari ini mesti mempertikai dan menghentam cadangan ini seolah-olah penyokong UMNO bimbang akan kemunculan parti ini.

    Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Lihat sahaja bagaimana reaksi Tun M termasuk Kadir sendiri yang bangkit menghentam Datuk Seri Anwar sewaktu Anwar berura-ura menubuhkan parti Adil satu ketika dahulu. Perkara seperti ini adalah perkara lumrah jika kita berkecimpung didalam arena politik. Mana mungkin Kadir Jasin tidak memahami istilah politik?

    Lebih melucukan, ketika ramai pesara sedang menikmati waktu pencennya seperti apa yang sedang dinikmati oleh Tun Abdullah, mereka antara individu yang lupa bahawa mereka kini sedang dipenghujung usia. Bagi mereka, mereka tidak akan puas jika hasrat dan nafsu mereka tidak dipenuhi dan oleh yang demikian, tidak salah andai melabelkan mereka seperti orang sewel.

    Tidak pernah dalam sejarah dunia, bekas Perdana Menteri mahupun Presiden sesebuah negara mencampuri urusan negara selepas mereka melepaskan jawatan. Namun apa yang berlaku di Malaysia hari ini bolehlah disifatkan sebagai mencatat rekod baru dunia apabila mantan yang sudah tidak lagi mempunyai kuasa, menuntut sesuatu diluar konteks demokrasi.

    Menyentuh tentang demokrasi, sesuatu yang normal untuk mana-mana parti politik saling hentam menghentam diantara satu sama lain. Apa yang membezakan adalah, samada sesebuah parti itu mahu menyatakan kebenaran atau memilih untuk menyebarkan fitnah.

    Apa yang dilakukan hari ini adalah kesinambungan kepada "perperangan melawan fitnah" yang disebarkan oleh Tun M sejak sekian lama. Adakah pada hemat Kadir Jasin, hanya Tun M sahaja yang boleh bersuara menghentam UMNO tanpa sedikit pun ahli UMNO boleh menghentam setiap apa yang Tun M lakukan? Andai ini pemikirannya, jelas sekali dia tidak memahami istilah politik dan demokrasi.

    Justeru, tidak hairanlah apabila melihat seorang yang pernah dihormati, kini dipandang sepi. Juga bukan suatu perkara yang menghairankan apabial mereka sanggup mengkhianati perjuangan sendiri dengan bersekongkol dengan pihak musuh hanya mahu memastikan impian hari tua mereka tercapai tanpa perlu melalui proses demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenapa Seperti Orang Sewel Serang Kerajaan Walhal Sudah Pencen? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top