My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 18 July 2016

    Inilah Masa Untuk Membuktikan Kesetiaan Kepada Mahathir



    Selama beberapa tahun kebelakangan ini, ramai dikalangan ahli UMNO termasuk beberapa orang pemimpinnya, begitu hebat memukul canang untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. pelbagai tohmahan dilemparkan untuk mewajarkan serangan mereka agar sekata dan selari dengan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bayangkan, ada diantara ahli dan pemimpin, mengalunkan irama yang sama dengan pembangkang termasuklah pelbagai isu besar seperti 1MDB, isu derma, RM 2.6 bilion, pembunhan Altantuya dan macam-macam lagi. Ini termasuk juga dengan memanjangkan tuduhan pembangkang seperti apa yang menimpa kepada Datin Seri Rosmah Mansur. 

    Namun, sebaik sahaja pengumuman pembentukan sebuah parti politik dan pakatan pembangkang baru, suara-suara sumbang ini agak kurang lagi kedengaran kecuali para penyokong yang cukup terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh Tun M. Tidak seperti sebelum ini, mereka lebih tertutup dalam membicarakan penentangan mereka.

    Agak menghairankan apabila melihat mereka tidak lagi selantang dahulu. Kenapa mesti gentar jika berada dipihak benar? Pada perkiraan semasa, inilah peluang untuk mereka menunjukkan solidariti mereka bersama-sama Tun M dengan memilih untuk menjadi ahli baru kepada parti berkenaan.

    Adalah sesuatu yang lebih baik untuk melihat mereka meninggalkan UMNO dan BN dan menyertai parti baru pimpinan Tun M kerana dari situlah dapat dilihat, mereka benar-benar pengikut tegar Tun M. Usah berselindung disebalik nama UMNO mahupun BN jika mereka tidak lagi mahu memperakui bahawa Presiden UMNO sekarang adalah Datuk Seri Mohd Najib, bukan Tun M.
    Hari ini, idola dan kesayangan mereka telahpun secara rasminya mendokong setiap apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan asalkan UMNO dan BN tumbang pada PRU ke 14 nanti. Kenapa mesti malu untuk menyertai barisan pakatan pembangkang sedangkan ketua segala ketua mereka sekarang sudahpun berDNAkan Pakatan Harapan?

    Lebih baik menjadi gentlemen berundur secara terhormat daripada menjadi langau memekakkan telianga jika masih kekal didalam UMNO. Setidak-tidaknya, jagalah maruah diri dan ketua kesayangan mereka, Tun M untuk pergi sebelum dicop sebagai pengkhianat dalaman parti kerana itu lebih memalukan berbanding berundur secara bermaruah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inilah Masa Untuk Membuktikan Kesetiaan Kepada Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top