Petang tadi, secara rasminya, berakhirlah era penguasaan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pakatan pembangkang yang dikuasainya sejak 15 tahun yang lalu. Sejak beliau dipecat daripada UMNO pada tahun 1998 berikutan salah laku, beliau seolah-olah telah bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh BN walau apa jua jalan yang ada.
Namun begitu, hari ini, beliau dan keluarganya yang menguasai Parti Keadilan Rakyat dan pakatan pembangkang sejak 15 tahun yang lalu bakal menemui titik noktahnya. Ini kerana, dalam satu pengumuman petang tadi, Tun Dr Mahathir bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru bagi pakatan yang bakal dibentuk tidak lama lagi.
Dalam pengumuman berkenaan yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang, Mat Sabu dan Datuk Seri Azmin Ali, Tun M dikatakan bakal menubuhkan juga sebuah parti baru dimana parti ini akan bergabung dengan DAP, PAN dan PKR didalam satu pakatan baru yang bakal dibentuk tidak lama lagi.
Malah, ketiga-tiga pemimpin berkenaan sebulat suara bersetuju untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang dan sekaligus menolak kedudukan Datin Seri Wan Azizah keluar daripada posisinya kini.
Menariknya, perjumpaan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu menyaksikan buat kesekian kalinya, Wan Azizah memulaukan perjumpaan berkenaan dan sekaligus menyaksikan jawatannya kini bakal diisi oleh Tun M.
Perkembangan ini menyaksikan, buat pertama kalinya keluarga Anwar Ibrahim terpaksa melepaskan pegangannya didalam Pakatan Harapan. Paling utama, rakan pembangkang yang selama ini menjadi sandaran Anwar untuk meneruskan perjuangannya untuk merampas Putrajaya dari tangan BN, dikhianati secara terbuka.
Paling menyedihkan, buat pertama kalinya, Azmin menyerlahkan penentangannya terhadap Wan Azizah selaku Presiden PKR dan pastinya, ini adalah peluang keemasan Azmin untuk membawa keluar PKR dari bayang-bayang dan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.
Reaksi Anwar? Tiada siapa yang tahu, namun jika dinilai dari pemulauan yang dilakukan oleh keluarga Anwar termasuk Nurul Izzah, pastinya, kesemua pemimpin Pakatan Harapan sudah tidak melihat lagi relevannya Anwar untuk kekal menerajui Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
0 comments:
Post a Comment